AD4C JAM S’gor erat hubungan dengan masyarakat

- Advertisement -

SUNGAI BULOH: Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan program ‘A Day For Charity’ (AD4C) sempena Himpunan Anak Muda Selangor (HAMAS) Green4U Selangor Sejahtera.

- Advertisement -

Menerusi program tersebut, tiga aktiviti utama dilaksanakan iaitu ziarah kebajikan, khidmat pemeriksaan kesihatan dan gotong-royong yang diadakan di sekitar Paya Jaras, di sini semalam.

Ziarah dipimpin Komandan Amal Subang, Mohd Syaddam Ramli telah mengadakan sumbangan kepada golongan asnaf, manakala Kor Medik memberi rawatan kepada penduduk bermasalah kesihatan.

Anggota Jabatan Amal juga bersama penduduk setempat telah melaksanakan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan Islam di Kampung Paya Jaras Dalam.

Program yang turut disertai masyarakat pelbagai kaum itu ternyata telah mengeratkan hubungan antara penduduk bersama anggota Jabatan Amal dan pimpinan PAS.

Selain itu juga diadakan Dapur Rakyat di mana anggota Jabatan Amal menyediakan masakan untuk Jamuan Rakyat kepada 1,000 untuk dinikmati sebagai makan malam.

Menurut Pengarah Jabatan Amal Selangor, Shehdi Hazrik Shamsudin, AD4C itu telah menjadi simbolik dan melambangkan kesatuan serta kebangkitan masyarakat madani.

Katanya, penduduk sama-sama berperanan menjayakan program khidmat masyarakat ini yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Syarhan Humaizi Halim serta beberapa pimpinan masyarakat. – HARAKAHDAILY 2/4/2018

- Advertisement -