GST: Kelahiran yang dikesali

- Advertisement -

SELAMAT hari lahir GST. Maaflah, lewat sikit ucap selamat ulang tahun kelahiran ketiga kamu. Bil internet kena potong. Nak bayar bil, kena topup lagi sejak kamu lahir.

- Advertisement -

Maaf juga kerana tak dapat nak bagi hadiah kek hari lahir. Nak hadiah kek guane, sejak kamu lahir tiga tahun lalu, kami nak beli beras pun timbang kilo. Tak mampu lagi nak beli sekampit lima kilo. Kek pisang bolehlah rasa jarang-jarang. Itu pun cicah dengan air sejuk saja.

Saya tumpang simpati kerana lantaran selepas kelahiran kamu, ayah kamu bernama Najib semakin dibenci orang. Inikah yang dikatakan orang kelahiran yang membawa sial?

Eh! Kamu tahu tak, seorang bapak saudara kamu dari Pagoh, kalau tak silap namanya Muhyiddin dah lari dari rumah. Apa punya bapak saudara, dia dah tak mengaku kamu ini anak sedara dia. Dulu dialah yang bersyarah merata-riti berbangga dengan kelahiran kamu. Baru-baru ini dia tuduh kamu anak haram milik orang lain. Malangnya kamu ada bapak saudara seperti dia.

Apa nama tu seorang lagi bapak saudara kamu yang masak nasik goreng tapi api dapur tak nyala. Kalau tak silap dia orang Pontian. Dia pun dulu bersemangat membela kamu. Kata dia, bila kamu lahir, harga barang akan jadi murah. Wah! Atas bawah kiri kanan belakang depan dia kena bantai. Sekarang dah agak susah nak baca kenyataan dia. Saya kesunyian sebab kalau dia bercakap, adalah sikit hiburan.

Apa pun dalam usia kamu tiga tahun, kamu belum mumaiyiz lagi. Masih berak kencing merata. Rakyat Malaysia rata-rata berdoa semoga hayat kamu tak panjang. Mungkinkah sambutan ulang tahun ketiga ini ialah sambutan ulang tahun terakhir kamu. Wallahua’lam. Jangan sampai anak cucu kami kencing di pusara kamu nanti.

DR AZMAN IBRAHIM  
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 1/4/2018

- Advertisement -