Pemain bola sepak N9 dapat simpati Muslimat

SEREMBAN: Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau telah menziarahi Pemain Bola Sepak Negeri Sembilan Bawah 12 Tahun, Mohd Haikal Mohd Hanafi, semalam.

Advertisement

Beliau yang mendapat kecederaan ketika perlawanan bola sepak di Alor Setar, 10 Mac lalu masih terlantar di Hospital Tunku Jaafar, di sini hingga hari ini.

Menurut ibunya, Siti Nurhidayah Nordin, kesihatan anaknya yang juga Pelatih Program Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi Negeri Sembilan semakin merosot.

Jelas beliau, pihak keluarga dimaklumkan oleh doktor, Haikal diserang jangkitan kuman dan masalah pada jantung, sedangkan dia sebelumnya seorang sangat aktif.

Pada kunjungan dipimpin Ketua Muslimat PAS Rembau, Masita Mohamed Ali itu, pihaknya telah menghulurkan sumbangan sebagai tanda simpati dan mengharap Haikal kembali pulih.

Masita juga seiring dengan harapan Nurhidayah agar Haikal yang pernah dinobatkan penjaga gol nombor satu Rembau dapat meneruskan karier bola sepaknya ke peringkat tertinggi. -HARAKAHDAILY 30/3/2018