Muslimat berkonvoi motor santuni penduduk

KANGAR: Kunjungan ziarah mahabbah Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh telah menyantuni penduduk di beberapa perkampungan di Kangar dan Padang Besar Selatan, Kuala Perlis.
 
Program Konvoi Motosikal ini dianjurkan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar dipimpin Ketuanya, Norhasmayati Che Me dengan iringan dari anggota Alternative Riding Club (ARC) Negeri Perlis, semalam.
 
Pada lawatan tersebut Ustazah Nuridah meluangkan masa berbual mesra dan mendengar keluhan hidup penduduk diziarahi beliau, disamping menitipkan nasihat semangat serta doa.
 
Pihak rombongan Muslimat PAS Kangar turut menghulurkan sumbangan kepada setiap penduduk yang diziarahi berupa barangan keperluan harian sebagai meringan beban kehidupan mereka.
 
Turut serta pada lawatan kebajikan tersebut adalah Pemangku Ketua Urusan Ulamak PAS Kangar, Ustaz Mohd Zahid Ibrahim. – HARAKAHDAILY 25/3/2018