TASTI Ummu Sulaim Tawau pertama di Sabah

- Advertisement -

TAWAU: Taman Asuhan Tunas Insan (TASTI) Ummu Sulaim telah dilancarkan dengan rasminya oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau, Muhamad Husain di Madrasah Darul Hidayah, Sungai Imam, di sini semalam.

- Advertisement -

Perasmian itu disempurnakan oleh beliau bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-25 Dewan Muslimat PAS Tawau yang telah berlangsung di lokasi sama.

Menurut Ketua Muslimat PAS Tawau, Mandina Ladale, TASTI Ummu Sulaim telah memulakan operasinya sejak 2 Januari lalu di mana pihaknya komited menjadikan pusat jagaan itu pilihan terbaik ibu bapa.

Katanya, ia menjadi satu lagi medium rasmi dan terbaharu PAS dalam memberi khidmat kepada masyarakat khususnya penjagaan dan asuhan bayi.

TASTI Ummu Sulaim menjadi TASTI pertama di Sabah sekali gus menyahut saranan Dewan Muslimat PAS Malaysia untuk menubuhkan institusi itu.-HARAKAHDAILY 5/2/2018

- Advertisement -