Kelantan sokong peraturan kawal berita palsu

nik amar
- Advertisement -
KOTA BHARU: Langkah Kerajaan Pusat mahu memperkenalkan undang-undang bagi mengawal penularan berita palsu disambut baik Kerajaan Kelantan.
 
Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, langkah tersebut sangat penting bagi memastikan ketulenan berita yang disampaikan tidak dipesongkan.
 
Menurutnya, masyarakat kini sering dihidangkan dengan berita-berita palsu yang tersebar di media sosial dan internet.
 
“Kami sokong dengan harapan undang-undang itu dapat mengelak daripada berlakunya kekeliruan dan persepsi negatif.
 
“Pada masa yang sama ada juga berita berkaitan Kelantan diselewengkan media dan pihak tertentu,” ujarnya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
 
Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak baru-baru ini dilapor berkata, kerajaan akan mengkaji menggubal undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu di negara ini. -HARAKAHDAILY 31/1/2018
- Advertisement -