PTA cetus semangat anak muda Sarawak

- Advertisement -

MUKAH: Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) Jabatan Amal Sarawak telah dilangsungkan dengan jayanya bertempat di Kampung Sungai Oya, di sini sejak 19 Januari lalu dan berakhir hari ini.

- Advertisement -

Sebanyak lapan kontinjen dari seluruh Sarawak merangkumi 70 anggota telah mengambil bahagian dalam perkhemahan yang diadakan buat kali keempat itu.

Perkhemahan yang diadakan selama 3 hari itu telah disempurnakan perasmian oleh Timbalan Pengarah I Jabatan Amal Malaysia, Rashidi Razak.

Turut hadir ialah oleh Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhtar Suhaili dan Ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak, Arifiriazul Paijo memugarkan kebersamaan dengan para peserta.

Program berbentuk disiplin berpasukan itu merangkumi aktiviti kemasyarakatan, latihan asas kehidupan “Water For Life”, latihan jasmani, hiburan, latihan asas kecemasan dan pengisian rohani.

Jabatan Amal Sarawak terus komited untuk menjadi alternatif kepada anak muda Sarawak yang cintakan aktiviti kemasyarakatan serta pengisian rohani dalam menuntun kehidupan sebagai Muslim. – HARAKAHDAILY 21/1/2018

- Advertisement -