Langkah Ahmad Said beralih angin ke Parlimen terhalang?

- Advertisement -
KEMAMAN: Langkah mantan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said cuba beralih angin bertanding kerusi Parlimen Kemaman dalam PRU14 ini dikatakan mendapat tentangan kepimpinan Umno Terengganu.
 
Adun Cukai, Hanafiah Mat berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan mutakhir Umno Kemaman yang dikatakan bergolak apabila dua kumpulan menamakan calon pilihan raya masing-masing
 
“Hari ini, Umno Terengganu tengah berlawan, Umno Razif (Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman) lawan Umno Mat Said. Di Kemaman ini, Umno Mat Said doh royat (beritahu) pada semua orang, bahawa calon pilihan raya akan datang dari Dato’ Ahmad Said.
 
“Kononnya dah dapat pun lampu hijau daripada Najib (Perdana Menteri), Mat Said akan bertanding di Parlimen Kemaman dan apabila Mat Said bertanding di Parlimen, Dun-dun ini anak-anak buah dia belaka.
 
“Tetapi bila saya jumpa dengan orang kuat Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif, calon-calon Kemaman adalah pilihan MB sendiri. Pertembungan calon dari dua ‘team’ Umno ini tentunya menarik menjelang pilihanraya ini, banyak sumber kita di kalangan orang kuat Umno Kemaman mendedahkan pekara ini, tengoklah kesudahan nanti,” kata Hanafiah. 
 
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu ketika ditemui di kediamanya di sini, semalam, juga yakin pergolakan sangat kuat antara dua ‘team’ ini akan memberi kebaikan kepada parti PAS meraih sokongan pengundi.
 
Ahmad Said adalah Adun Kijal yang juga Ketua Umno Kemaman, manakala Ahmad Razif adalah Menteri Besar Terengganu dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu. – HARAKAHDAILY 15/1/2018
- Advertisement -