Hanya pernyataan tegas, tapi tiada aksi jelas

- Advertisement -

MAPIM berpendapat sementara mesyuarat tergempar OIC yang diadakan di Turki baru-baru ini sangat penting, kami maseh melihat ia terhenti hanya diperingkat pernyataan dan ungkapan. Pada hakikatnya, tidak ada rumusan aksi yang khusus dan konkrit dalam isu peralihan ibu kota Israel dari Tel Aviv ke Jeruselem yang diumumkan oleh Presiden Amrika Syarikat (AS) , Donald Trump.

- Advertisement -

Kenyataan yang paling kuat dan agak signifikan yang diistiharkan dalam mesyuarat tersebut hanyalah OIC menegaskan bahawa Jeruselem adalah ibu kota Palestin. Dan OIC juga meminta dunia mengiktiraf Jeruselem sebagai ibukota Palestin.

Persoalannya pengistiharan yang dikeluarkan itu tidak disertakan aksi konkrit yang khusus. Tidak ada penguatkuasaan yang jelas akan dilakukan, apakah tempuh masa bertindak yang akan diambil, bagaimana mekanisme pelaksanaan akan dilancarkan, siapa yang akan dimandatkan untuk bertindak. Semua persoalan ini nampaknya tidak dinyatakan dalam mesyuarat tergempar OIC itu. Bermakna keputusan konkrit maseh belum dirumuskan oleh sidang tersebut.

Ini tidak sepatutnya berlaku. Israel dan Amerika Syarikat tidak akan merubah keputusan mereka selagi mereka melihat pernyataan itu hanya berupa retorik semata-mata. Apatah lagi mereka tahu ada negara-negara Arab dan Islam yang tidak bersatu dalam menangani isu Jeruselem.

Dalam keadaan negara-negara Liga Arab berpecah dan negara anggota OIC juga lemah, AS dan Israel akan terus melaksanakan keputusan memindah ibukota Tel Aviv ke Jeruselem. Dan sekaligus menafikan hak rakyat Palestin.

Persoalan yang lebih berat ialah maseh terdapat beberapa negara OIC yang menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel.

Hanya ada satu pilihan. Jika tidak ada tindakbalas positif dari AS dan Israel maka OIC perlu mendesak Majlis Keselamatan PBB campurtangan dan jika inipun tidak dipedulikan, maka suatu sidang khas perhimpunan ketua-ketua negara di PBB perlu diusulkan.

Kami sangat kecewa dengan sikap beberapa negara Arab yang jelas tidak menghormati mesyuarat tergempar OIC tersebut dengan hanya menghantar pegawai bawahan semata-mata untuk mewakil negara masing-masing. Arab Saudi, Mesir, UAE adalah antara negara Arab yang bersikap dingin kepada isu ini yang menghantar pegawai bawahan, bukan ketua negara.

Hakikatnya AS jelas berterusan bersikap pro Israel dan selama ini tidak pernah berkecuali dalam isu perundingan antara Palestin dan Israel. Kenyataan AS bahawa ia mahu penyelesaian dua negara (two state solution),  sebenarnya adalah sandiwara semata-mata. Yang sebenarnya dimahukan AS ialah hanya kewujudan Israel sahaja dan tidak ada Palestin. Jadi kenyataan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam sidang OIC Itu bahawa beliau tidak lagi mahu menerima AS sebagai broker perundingan antara Palestin dan Israel adalah tidak releven.

AS sudah lama menyokong Jeruselem sebagai ibukota Israel. Hanya Presiden Donald Trump sahaja yang berani mengistiharkannya secara terbuka. Sekurang-kurangnya dengan pengistiharan Donald Trump itu, AS tidak mahu bersandiwara lagi.

Kami berpandangan bahawa sidang tergempar OIC itu sepatutnya mengistiharkan tindakan konkrit dan bukan hanya deklarasi semata-mata. Tidak cukup hanya dengan kecaman dan kutukan sahaja.

Malangnya kami  mendapati negara negara dalam OIC tidak berani bertindak lebih dari hanya mengutuk semata-mata. Yang benar-benar bertindak ialah warga Palestin di lapangan yang kini berdepan dengan askar Israel setiap hari. Sehingga tarikh kenyataan ini dikeluarkan 9 orang yang telah syahid dan ratusan yang sudah tercedera.

Kami menyenaraikan tindakan berikut yang sepatutnya diambil oleh OIC:

1.Tindakan legal diambil untuk mendakwa Israel atas perlakuan jenayah di Mahkamah Jenayah Antarabangsa,
2. Memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Israel dan AS.
3. Mengistiharkan sanksi ekonomi dan perdagangan keatas Israel,
4. Menggantung semua pelaburan dengan AS,
5. Menghentikan semua kerjasama ketenteraan dengan  AS,
6. Membatalkan semua pembelian senjata dari AS. – HARAKAHDAILY 17/12/2017

- Advertisement -