Majlis Konvokesyen PASTI Puchong 2017 gemilang

- Advertisement -

PASTI Kawasan Puchong melakar sejarah tersendiri dengan kejayaan Majlis Konvokesyen PASTI Puchong 2017 yang berlangsung di Dewan Besar Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pulau Meranti pada 19 November 2017 yang lalu.

- Advertisement -

Menurut Pengarah Majlis Konvokesyen PASTI cikgu Amilin Soleh, seramai 818 orang pelajar 6 tahun diraikan dengan  kehadiran seramai 2400 memenuhi dewan yang dijalankan secara dua sidang pagi dan petang. Ujar beliau lagi, perjalanan majlis berjalan lancar hasil usaha juga kerjasama pengurus dan guru-guru 19 buah PASTI Cawangan serta turut dibantu oleh Jabatan Amal Puchong.

PastiPu 2Majlis  telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang Noor Hanim binti Ismail manakala di sebelah petangnya disempurnakan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Puchong, Ustaz Soffiean Ismail.

Pengerusi PASTI Puchong, YM Tengku Khairul pula berkata, pada tahun 2017 PASTI Puchong telah telah berjaya mengekalkan kejuaraan Alamria PASTI Selangor dan berjaya membantu PASTI Selangor menjadi juara Alamria Malaysia bahkan pasukan bola jaring naib johan dan bola sepak suku akhir di Temasya Sukan PASTI Selangor.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa. PASTI Puchong telah merangka 8 Pelan Strategik PASTI Puchong 2016-2020 bagi menjayakan visi PASTI dalam melahirkan insan pintar soleh yang seimbang dalam kurikulum dan ko kurikulum. Malahan kita mewujudkan 5 Pelan Strategik Majlis Guru PASTI Puchong dalam memastikan kawalan kualiti dan jaminan kualiti dikalangan pendidik,” tambah beliau lagi.

PastiPu 5Ketua Dewan Pemuda PAS Puchong, Mohd Ashrul Hisham Abd Jalil dan Ketua Dewan Muslimat PAS Puchong, Norzaihan Ismail turut hadir bagi menyampaikan anugerah pada hari berkenaan. Dalam majlis tersebut, Ku Alya Marissa binti Ku Zamri dipilih sebagai Tokoh Ko Kurikulum manakala Marissa  Syafiah Mohd Mazlan telah dipilih sebagai Tokoh Akademik dan Tokoh Harapan telah dimiliki oleh Nur Amni Fatihah binti Ahmad Fauzee. Masing-masing membawa pulang sijil dan sebuah basikal.PastiPu 6

MKP kali juga ni mendapat kepercayaan dari penaja-penaja produk terkemuka seperti susu kambing Wildan, Int3tree dan banyak lagi. – HARAKAHDAILY 23/11/2017

PastiPu 3

PastiPu 4

 

- Advertisement -