Dibidas tidak beri ruang dapat penjelasan

ALOR SETAR: Dato’ Dr Leong Yong Kong (Gurun- BN) ditegur apabila tidak memberi ruang kepada Adun pembangkang untuk mendapatkan penjelasan ketika ucapan penggulungan beliau.
 
Beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah dipertikaikan tindakannya oleh Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul(Tokai-PAS) yang merujuk kepada peruntukan undang-undang buku peraturan mesyuarat.
 
Taulan bangun menegur sikap exco berkenaan yang tidak memberi laluan kepada Adun Kota Darul Aman untuk mendapatkan penjelasan.
 
“Alasan tidak cukup masa tidak wujud kerana Exco mempunyai masa yang selesa untuk membuat ucapan penggulungan.
 
“Tidakkah setiap Exco yang berucap dimestikan memberi penjelasan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Adun-adun?” bantah Adun Tokai itu melahirkan rasa tidak puas hati. – HARAKAHDAILY 15/11/2017