Sukan motor lasak tarik anak muda

- Advertisement -
DUNGUN: Pemuda PAS Dun Bukit Besi dengan jayanya telah menganjurkan pertandingan cabaran motosikal lasak melibatkan 70 peserta di Kampung Tepus, Kuala Dungun, di sini semalam.
 
“Ini bertujuan untuk menarik sokongan golongan muda dalam memertabatkan Islam di bumi Terengganu.
 
“Mudahan mereka istiqamah dan mengundi PAS dalam PRU14 nanti insya-Allah,” kata Ketua Pemuda Dun Bukit Besi, Md Ridhuan Md Yusoff mengutarakan harapan beliau selepas majlis penyampaian hadiah. 
 
Turut hadir adalah Pengarah MTD Bukit Besi, Ghazali Sulaiman yang selesa menyantuni kehadiran ramai golongan muda.
 
Cabaran ini adalah hasil kerjasama dari NGO Generasi Jerangau, Kelab Tayar Butir (KTB), Jerangau Motorcross Team (JMT) dan ARC Dungun.
 
Pemenang cabaran ini adalah kumpulan 09 Arfan dan Geng dari JMT yang membawa pulang wang tunai, medal berserta piala pusingan.
- Advertisement -