Polis gempur sarang penagih di Temerloh

- Advertisement -

POLIS berjaya menahan seramai 123 penagih dan 11 orang dipercayai pengedar dadah sepanjang Oktober hingga 13 November lepas.

- Advertisement -

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM43,378.

Katanya, operasi dijalankan di kawasan  yang menjadi sarang dadah di daerah Temerloh, hasil risikan dan maklumat orang ramai.

“Operasi terus diadakan bagi membanteras gejala dadah di seluruh daerah,” katanya ditemui selepas ‘Ops Sarang’ di Kampung Bintang di sini.

Menurutnya, operasi yang bermula jam 5 pagi hingga 2.30 tengahari itu disertai anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Temerloh.

“Operasi yang dijalankan tertumpu kepada kawasan di sekitar kawasan Kampung Bintang dan Sanggang,” katanya.– HARAKAHDAILY 13/11/2017

- Advertisement -