Pemangku Raja turut bersih bandar Kota Bharu

- Advertisement -

PEMANGKU Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra turut mencemar duli mengutip sampah pada program Come Clean for Kelantan di bandar Kota Bharu semalam.

- Advertisement -

Baginda juga turut mencuci kaki lima di Hotel Habib, mengecat pagar bangunan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta membersihkan pokok perhiasan di hadapan bangunan Tabung Haji.

Program tersebut yang diadakan di Dataran Bandar Raya Islam dianjur MPKB-BRI dan Persatuan Kerabat Diraja Kelantan al Muhammadi, bagi memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menjaga kebersihan.

clean for Kelantan 3Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.

Turut sertai lebih 70 agensi kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ia melibatkan seramai 4,035 peserta. Mereka turut bergotong-royong di Pasar Siti Khadijah, Bazar Tok Guru, Medan Ilmu, stesen Bas Kota Bharu, Bazar Buluh Kubu dan Jalan Sultanah Zainab. – HARAKAHDAILY 13/11/2017

- Advertisement -