Produk hebat

drsuhazeli
Dr Suhazeli Abdullah
- Advertisement -

RAMAI yang personal mesej atau bertanya dalam media sosial mengenai produk-produk berjenama. Ada produk yang hebat iklannya sehingga menandingi kimoterapi hospital. Katanya membina sel-sel baru yang boleh membuat rondaan dalam tubuh, mengganti sel-sel mati, memaksa sel-sel kanser bunuh diri dan dinyah keluar. Ada juga produk yang katanya sudah terbukti secara saintifik mengubati buah pinggang. Hatta pesakit dialysis pun katanya berjaya pulih. Pelbagai lagi produk yang mendakwa itu dan ini, ramai pula yang terpikat dan mencubanya.

- Advertisement -

Pertama, saya tidak akan komen atau beri pandangan dengan mudah sesuatu produk kecuali saya membuat carian dari sudut metodologi kajian dan protokol yang sepadan dengan proses pembuktian. Akan tetapi, masa saya tidak mengizinkan menjadi semacam pegawai penyelidik makmal yang semata-mata ingin membuat pengesahan keberkesanan sesuatu produk. Kerja-kerja klinikal seperti merawat pesakit, membuat perancangan hakiki pengurusan terlebih aula. Maaf sahabat sekalian.

Kedua, saya mencabar produk-produk yang hebat itu agar masukkan ubat mereka dalam formulari KKM. Apa salahnya jika ubat mereka yang menandingi kimoterapi, ubat diabetes, ubat darah tinggi, ganti dialysis dan sebagainya lagi itu kami gunakan juga dalam premis kesihatan. Demi kebaikan masyarakat awam, produk-produk berjenama itu mungkin boleh dimiliki juga oleh rakyat yang miskin dalam premis kesihatan KKM.

Tetapi jika sekadar dakwa bagai tapi keputusan penemuan saintifik tidak menyokong kuat, hanya bersifat komersial, bermakna ianya satu pembohongan atas nama perubatan. Pesakit yang akan menanggungnya. Dahlah penyakit semakin teruk, duit pula melayang.

Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
7.11.2017
Kuala Berang – HARAKAHDAILY 7/11/2017

- Advertisement -