Semakin ramai tiba di Fastaqim 2.0

KUALA NERUS: Jam tepat 12.00 tengahari, tapak Fastaqim 2.0 semakin dikunjungi orang ramai dari dalam dan luar negeri Terengganu.
 
Walaupun cuaca agak panas, namun orang ramai masih berhimpun untuk mengikuti program yang disediakan, khususnya di pentas dan sekitarnya.
 
Pohon rhu yang rendang menjadi teduhan pengunjung untuk mengikuti program diatur penganjur sehingga akhir program malam ini.
 
Noriah Mokhtar, 45 dari Kedah baru tiba awal pagi tadi bersama keluarga.
 
Katanya, hadir untuk mengikuti amanat pimpinan yang akan disampaikan.
 
“Pada masa yang sama untuk bersantai bersama jemaah PAS seluruh negara,” ujarnya.
 
Orang ramai juga sedang mengikuti persembahan nasyid dari Kumpulan Hijjaz yang sedang berlangsung di pentas ketika ini. – HARAKAHDAILY 30/9/2017