JELAS 3.0 bangkit semangat Muslimat Johor

- Advertisement -
SEGAMAT: Kesiapsiagaan Muslimat sebagai salah satu sayap PAS dalam gerak kerja PRU14 terus diperkukuhkan dengan sesi penerangan yang menjadi tunjang penting dalam menyampaikan mesej parti.
 
Ia juga sebagai mengikat teguh kesatuan kalangan ahli serta menjadi tanda kebangkitan Muslimat dalam menghadapi PRU14 dengan membawa mesej politik Islam yang sebenar.
 
Intipati itu antara dipertegaskan Ketua Penerangan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman pada program Jelajah Saidatina Khadijah (JELAS 3.0) di Hotel Villa, di sini sebentar tadi.
 
Sementara itu, Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiyah Mohd Nor dalam ucapannya memberitahu, Muslimat PAS kini telah menyediakan persiapan mingguan untuk setiap ahli menggerakkan Gelombang AKIFI.
 
“Kita mahu gerakan penerangan bergerak aktif bagi meruntuhkan kefahaman jahiliyah dalam masyarakat. Kita tidak pernah dengar kebaikan PAS di televisyen mahupun di akhbar.
 
“Walaupun begitu, orang PAS kena peka dan mengambil tindakan tegas atas setiap kata nista mereka,” ujarnya merujuk kebiadaban Siti Kasim baru-baru ini.
 
Beliau menggesa Muslimat PAS Kawasan turut memanjangkan laporan polis atas tindakan peguam itu yang terang-terang menghina Islam dengan logik akalnya terhadap pensyariatan ibadah korban.
 
Pada program tersebut, peserta turut didedahkan dengan sesi penerangan Dokumen Hijau oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.
 
JELAS 3.0 telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Hussein dan turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Johor, Atiyah Ahmad. – HARAKAHDAILY 22/9/2017
- Advertisement -