Dua lagi Cawangan PAS ditubuh di Selayang

- Advertisement -

KURANG seminggu selepas 60 orang telah mengisi borang PAS di Selayang, dua lagi Cawangan PAS ditubuhkan di Dun Rawang pula hari ini.

- Advertisement -

PAS Selayang cukup terharu dengan sambutan baik daripada rakyat terhadap PAS ketika ini lebih-lebih di Selayang.

Perkara tersebut dizahirkan oleh Zaidy Abdul Talib dalam ucapannya ketika Majlis Perasmian Cawangan tersebut.

“Penubuhan cawangan ini telah menjadi kebanggaan Ahli PAS seluruh negara” Tambah beliau lagi.

Penubuhan cawangan ini juga menggambarkan sokongan tidak putus-putus dan kepercayaan rakyat kepada PAS serta menempelak andaian PAS telah ditolak oleh rakyat.

Zaidy yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang menyarankan kepada semua ahli terus berkerja supaya imej dan orang terus mengenali amal kerja baik yang dilakukan oleh kita.

Dalam pada itu, lebih 50 orang hadir pada perasmian cawangan tersebut yang diadakan di Taman Mawar Rawang. – HARAKAHDAILY 17/9/2017

- Advertisement -