NGO tandatangani piagam Pertahan Kelantan

- Advertisement -

PIAGAM NGO Pertahankan Kelantan akan ditandatangani wakil-wakil NGO sempena Sidang 2017 yang mengumpul seluruh badan bukan kerajaan di Serambi Mekah.

- Advertisement -

Platfom sidang sebagai forum untuk berbincang, berkongsi dan mencambah idea yang akan disalur rumusan dan cadangan kepada kerajaan.

Dr Nazmi Ghazali Azmi. Pengerusi Konfederasi NGO Kelantan, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, NGO memain peranan yang besar dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara.

“Malah jauh daripada itu NGO mampu memberi impak kepada pentadbiran dan pengurusan negara,” katanya di Kota Bharu.                       

Sidang 2017 akan diadakan pada Ahad ini bertempat di Hotel Riverview, Kota Bharu, di mana perasmian penutup disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob.

Dr Nazmi juga berkata, sidang tahun ini bertema ‘Pendayaupayaan NGO Kelantan’ akan diisi pembentangan oleh Penasihat Perakan Malaysia, Dr Wan Nik Wan Yussof.

Selain itu Presiden International Federation for Relief & Development (IFRD), Hussin Ismail dan Fellow Gerakan Kebersihan Rakyat Kelantan, Abdul Aziz Yunus.

Sidang 2017 dikendali Tokoh Belia Negara 2015, Suhail Kamaruddin yang berasal dari Kelantan, kini menetap di Selangor.

“Di akhir sidang akan menghasilkan resolusi untuk dikemukakan kepada kerajaan,” katanya.

Sidang 2017 akan disertai 50 NGO, iaitu setiap badan bukan kerajaan itu akan diwakili dua peserta. – HARAKAHDAILY 15/9/2017

- Advertisement -