Muslimat Perak turut lapor kebiadapan Siti Kasim

- Advertisement -

DEWAN Muslimat PAS Perak hari ini telah membuat laporan polis terhadap sikap biadab Siti Kasim yang menghina Islam.

- Advertisement -

Penghinaan secara terbuka yang telah dilakukan sengaja mencabar umat Islam bahkan ia tidak langsung mencerminkan akhlak seorang muslimah.

Laporan tersebut telah dibuat di IPD Seri Iskandar bersama dengan kepimpinan Muslimat PAS Kawasan Parit yang diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Menurut Najiha, pertikaian berkaitan agama dengan fahaman luar akan menggugat akidah umat Islam terutama pada zaman serba moden dengan kemampuan akses maklumat di hujung jari.

Jelasnya, muslimat PAS tekad membuat laporan polis agar siasatan serta tindakan boleh diambil oleh pihak berkaitan agar ia tidak berleluasa.

Justeru umat Islam perlu sentiasa peka terhadap isu yang berlaku supaya generasi akan datang tidak muda dipengaruhi dengan budaya bebas sehingga meruntuhkan kesucian Islam sebenar.

“Jika mana-mana pihak sama ada Siti Kassim atau sesiapa sahaja berani mencemarkan maruah Islam maka muslimat PAS juga terus berani mempertahankan Islam dengan pelbagai usaha yang ada.

“Diharapkan dengan laporan ini memberikan isyarat awal bahawa muslimat PAS serius mengenai tindakan yang dibuat oleh Siti Kasim,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 14/9/2017

- Advertisement -