Keselamatan tahfiz perlu diberi keutamaan

- Advertisement -

ASPEK keselamatan terhadap sekolah-sekolah tahfiz dan institusi pendidikan di semua lokasi negara ini perlu diberi keutamaan oleh pengusahanya.

- Advertisement -

Ketua Dewan Pemuda PAS Titiwangsa, Suhaimi Abdul Aziz berkata, ia perlu dititik beratkan agar kejadian kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, Keramat Hujung tidak berulang.

Menurut beliau, semua pihak perlu mengambil ikhtibar di atas tragedi tersebut kerana ia telah meragut lebih 24 nyawa di awal pagi tadi.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan merasa sedih di atas kebakaran yang berlaku di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyyah, Keramat Hujung yang mengorbankan lebih 20 orang,” katanya.

Belia berkata, kebakaran tersebut merupakan tragedi yang sangat menyayat dan berharap pihak keluarga mangsa tabah menghadapi ujian tersebut.

“Kami mendoakan agar kesemua roh mangsa ditempatkan sebagai orang-orang yang soleh dan diredhai di sisi Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/9/2017

- Advertisement -