Muslimat sedia unit bermotosikal angkut peserta Fastaqim 2.0

fastaqim20
- Advertisement -

DEWAN Muslimat PAS Negeri Terengganu telah bersedia menyambut kedatangan 200,000 peserta serta mengalu-alukan kehadiran mereka ke program Fastaqim 2.0.

- Advertisement -

Zarani1Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata, selaku tuan rumah segala persiapan telah siap diatur termasuk menyediakan petugas sukarelawan muslimat muda yang bermotosikal siap bersemangat tinggi, bersedia untuk mengangkut para peserta Fastaqim ke tempat program.

“Dengan pantai yang cantik dan suasana yang damai diharap dapat memberikan ketenangan dan sekali gus membangkitkan semangat juang untuk mendepani segala tribulasi perjuangan dan meneruskan perjuangan Islam bersama-sama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan Muslimat PAS Terengganu sebagai tuan rumah Himpunan Fastaqim 2.0, lapor Buletin Online.

Katanya, pihak Muslimat PAS negeri telah memperhalusi semua tindakan bagi memastikan Fastaqim 2.0 mencapai matlamatnya.

“Kita telah pun mengadakan mesyuarat beberapa kali bagi memastikan segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang termasuklah tempat lokasi program, senarai penginapan sekitar tempat program seperti hotel, chalet, homestay, Pasti dan lain-lain lagi telah pun kita tularkan ke negeri-negeri untuk buat pilihan masing-masing,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli dan penyokong PAS terutamanya dalam kalangan muslimat agar dapat menghadiri semua acara yang telah dirancang di tapak Fataqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pada 29 dan 30 September ini.

motosikal2

Unit bermotosikal Ameerah yang bertugas mengangkut peserta Ijtimak Perpaduan Ummah di Rusila, Marang pada Mac 2015 lalu.

- Advertisement -