Saiful Apek di ‘Aku terimalah nikahnya’

KesenianIP
- Advertisement -

PROGRAM bual bicara ‘Aku terimalah nikahnya’ akan menampilkan Saiful Apek pada Malam Kesenian Islam sempena Walimatul urus Perdana 3.0 pada 16 September ini.

- Advertisement -

Program itu dianjur Sekretariat Parlimen Temerloh dengan kerjasama Pemuda PAS kawasan berkenaan diadakan di Padang Awam Temerloh Jaya bermula jam 9 malam.

Pengarah program, Fairuz Hisham Nordin berkata program tersebut akan menampil pelawak terkenal Saiful Apek, kumpulan Shohatul Amal dan Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani.

Katanya, penampilan Saiful yang akan mengendalikan program itu pastinya akan mencuit hati orang ramai.

“Program berkenaan sebahagian acara untuk memeriahkan Walimatulurus Perdana 3.0 yang disertai tujuh pasangan pengantin.

“Orang ramai yang hadir dapat meraikan pasangan mempelai sambil bersantai bersama artis Saiful Apek,” katanya di Temerloh.

Menurutnya juga program itu bertujuan membantu memudahkan golongan belia berkahwin dan mengelak berlakunya maksiat.

“Cetusan idea Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar ini mulai diterima semua pihak termasuk pihak lawan. Apa yang penting kita dapat berbakti kepada masyarakat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/9/2017

KesenianIP

- Advertisement -