Kelantan timbang ganjaran atlet Sukan SEA

- Advertisement -

KERAJAAN Kelantan mengucapkan tahniah di atas kejayaan kontinjen negara yang berjaya meraih lebih daripada 111 pingat emas pada Kejohanan Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kejayaan tersebut merupakan satu kebanggaan kepada rakyat yang perlu dipertahankan pada temasya akan datang.

Menurutnya walaupun Kelantan hanya menghantar beberapa atlet yang hanya berjaya mendapat pingat gangsa, namun ia juga mendapat perhatian kerajaan negeri.

“Saya mengucapkan tahniah atas semangat kesukanan kepada semua atlet negara bukan sahaja yang mendapat emas tetapi semua yang terlibat dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur.

“Kita membawa pulang pingat emas yang banyak, cuma persoalannya ialah kita kena pertahankan kejayaan ini pada sukan SEA akan datang,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Exco hari ini.

Ditanya mengenai galakan atau penghargaan terhadap individu terlibat, beliau berkata kerajaan negeri sedang menimbangkannya.

Bagaimanapun katanya kerajaan negeri tidak memberi galakan kepada sukan yang bercanggah dengan syariat. – HARAKAHDAILY 30/8/2017

- Advertisement -