Tun M perlu ukur ‘baju di badan sendiri’

Foto hiasan.
- Advertisement -

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad perlu mengukur ‘baju di badan sendiri’ sebelum mengeluarkan kenyataan menyifatkan PAS sebagai pengacau dalam usaha Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.

- Advertisement -

ripin“Pendirian kita mudah, PAS bukan pengacau pilihan raya, kita ada kekuatan yang tersendiri, kemenangan Pakatan Rakyat dahulu, sebahagian besarnya adalah sumbangan penyokong kita dan mereka yang bekerja siang malam untuk menangkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat,” kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ustaz Ariffin Deraman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Ramah Mesra Pimpinan PAS Kawasan Kemaman Bersama Perantau Kemaman Lembah Klang yang adakan di Gombak, malam tadi.

“Sekarang ini, Pakatan Rakyat telah terkubur, yang ada ialah Pakatan Harapan, yang belum lagi membuktikan apa-apa dalam sebarang pilihan raya, Tun Dr Mahathir tidak boleh menyatakan kita (PAS) sebagai pengacau, sebenarnya mereka adalah pengacau kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang.

“PAS telah terbukti selama lebih 60 tahun semakin hari semakin kuat dan kita mendapat sokongan khususnya dari rakyat Terengganu,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu membuat tohmahan bahawa PAS adalah pengacau pilihan raya pada setiap ceramahnya sepanjang dua hari berada di Terengganu, bermula Sabtu lalu.

Terdahulu, Ariffin yang juga Adun Alor Limbat memuji usaha pimpinan PAS Kawasan Kemaman mengatur program pertemuan dengan anak-anak Kemaman yang menetap dan mencari rezeki di Lembah Klang.

- Advertisement -