Tidak terlintas hendak jadi MB

- Advertisement -

USTAZ Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob sekali lagi mendedahkan beliau tidak pernah berhasrat untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar (MB) seperti sekarang.

- Advertisement -

“Bahkan tidak terlintas di benak saya sejak terlibat dalam politik untuk menduduki kerusi nombor satu di Kelantan,” katanya ketika meraikan 500 sukarelawan Ijtimak Kelantan di Dewan Jubli Perak MPKB di sini petang semalam.

Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Ustaz Ahmad berkata, ketika itu beliau hanya membantu tugas Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Timbalan Menteri Besar.

“Waktu mula-mula terlibat dalam politik hendak membantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz sahaja, bukan ada apa-apa pun.

“Pada waktu itu tidak ramai pemimpin lulusan Universiti Al Azhar yang menyertai PAS. Kita juga sangat menyayangi cara kepimpinan Allahyarham Tok Guru,” katanya. – HARAKAHDAILY 3/8/2017

- Advertisement -