Laporan audit negara: Kelantan terbaik

- Advertisement -

BADAN Perhubungan PAS Negeri Selangor ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim kerana telah mendapat pengiktirafan berhubung dengan Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti 2016 dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Pejabat Menteri Besar dan SUK Kelantan dengan memperoleh markah sebanyak 99.0 peratus.

- Advertisement -

SallehenKejayaan yang diperoleh ini merupakan satu bukti yang jelas bahawa slogan Membangun Bersama Islam yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan merupakan satu penghayatan kerja berlandaskan prinsip Islam yang menekan aspek ke bertanggungjawaban, ketelusan, amanah dan kecekapan.

Skor yang diperoleh ini merupakan yang tertinggi dan ini secara langsung telah menidakkan tohmahan dan fitnah daripada musuh-musuh politik Kerajaan Negeri Kelantan dengan tuduhan melulu dan tersasar dari kenyataan yang sebenar.

Semoga usaha Kerajaan Kelantan ini dapat menjadi contoh tatacara kerja yang berintegriti tinggi yang secara langsung akan dapat memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

USTAZ SALLEHEN MUKHYI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY  2/8/2017

- Advertisement -