Guru Yik: PAN gali isu sambung hayat politik

- Advertisement -

PARTI Amanah Negara (PAN) dilihat terpaksa menggali sebanyak mungkin isu di Kelantan bagi menyambung hayat politik.

- Advertisement -

Talian hayat PAN hanya menjadikan PAS sebagai musuh utama ketika Pakatan Harapan bercakap mahu menawan Putrajaya.

Ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan minggu lepas Adun PAN dari Salor, Datuk Husam Musa bertegang leher dengan penyokong kerajaan dan anggota Exco berkaitan isu karbon kredit.

Tahun lepas pemimpin sama menjulang isu sekumpulan Orang Asli menghalang laluan lori balak di Hutan Simpan Balah, Gua Musang. Selain itu mengheret isu tugu banjir di Kuala Krai.

Dan terbaru pula pemimpin PAN terbabit mendakwa 17 guru Yayasan Islam Kelantan (Yik) pindah ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan kerana masalah perjawatan di Yik.

dr fadliMenjelaskan isu terbabit anggota Exco, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Yik mempunyai seramai 2,519 guru yang mengajar di 90 sekolah agama.

Katanya, kerajaan negeri sedar ada tuntutan dan cadangan penambahbaikan di setiap peringkat atau kumpulan guru Yik.

“Kerajaan negeri juga menerima memorandum berupa cadangan ke arah penambahbaikan dan kebajikan mereka.

“Bagaimanapun agak sukar untuk memenuhi setiap tuntutan guru, namun begitu sentiasa ada kenaikan pangkat atau pergerakan perjawatan dan penambahbaikan dalam aspek kebajikan,” katanya di Kota Bharu.

Menurutnya juga perbelanjaan Yik sekarang hampir RM130 juta ringgit setahun yang merupakan terbesar dalam perbelanjaan kerajaan negeri.

Kata beliau juga proses temuduga kenaikan pangkat guru Yik di mana panel temuduga ialah Mufti, Datuk Mohd Shukri Muhammad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad.

“Mereka sangat teliti dalam proses pemilihan mengikut kelayakan dan merit.

Walau pun dalam jumlah yang terhad proses kenaikan pangkat sentiasa berjalan dari semasa ke semasa,” katanya.

Pada persidangan Dun baru-baru ini kerajaan negeri juga meluluskan insentif RM500 kepada guru ganti bagi bulan Disember mulai tahun ini biar pun mereka tidak mengajar ketika itu. – HARAKAHDAILY 19/7/2017

- Advertisement -