MB: Umno pun pernah calon Awang Adek

- Advertisement -

UMNO pun sebelum ini pernah mencalonkan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Tan Sri Anuar Musa dan Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai menteri besar Kelantan.

- Advertisement -

“Namun kita serah kepada rakyat untuk memilihnya,” kata Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Beliau berkata, sesiapa pun boleh dicalonkan namun rakyat yang akan menentukannya.

Beliau diminta mengulas cadangan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang mahu mencalonkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa sebagai menteri besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan menang.

Pada kempen pilihan raya umum (PRU) 2008 sepanduk Awang Adek sebagai calon menteri besar Kelantan digantung di banyak tempat di negeri tersebut.

Ketika itu ketua Umno Bachok tersebut bertanding kerusi parlimen Bachok dan Dun Perupuk, namun gagal kedua-duanya.

Begitu juga Mustapa Mohamed acap kali disebut-sebut sebagai calon menteri besar Umno di Kelantan.

Khamis lepas ketika berceramah di Kota Bharu, Kit Siang mencalonkan Husam sebagai calon menteri besar sekiranya Pakatan Harapan menang PRU 14.

Menteri Besar ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini. – HARAKAHDAILY2/7/2017

raya raya PAS 2