Sikap PAS terhadap kemelut 1MDB

- Advertisement -

1. PAS tegas menolak kaedah pengurusan kewangan 1MDB yang bercanggah dengan syarak seperti mendapatkan modal dengan cara pinjaman riba dan sebagainya.

- Advertisement -

nasrudin2. Berhubung isu 1MDB, PAS mengambil penyelesaian yang bersifat fundamental dengan usaha membetulkan urustadbir negara, mengembalikan sistem pemisahan kuasa dan membanteras politik wang.

3. Dalam masa yang sama, PAS konsisten atas apa jua dakwaan penyelewengan dana 1MDB dan salah laku, justeru ia mestilah disiasat oleh satu badan siasatan yang profesional dan telus. Suruhanjaya Diraja mesti ditubuhkan segera untuk merealisasikan sebuah siasatan yang tidak berpihak.

4. PAS bersama Gagasan akan menghantar memorandum kepada SPRM tidak berapa lama lagi guna menjelaskan penyelesaian fundamental mengenai isu rasuah yang membarah, termasuklah berkait 1MDB.

5. Perlu ditegaskan, bahawa PAS mempunyai polisi dan pendekatan tersendiri dalam merealisasikan strategi dan roadmap perjuangannya. Tidak terikat dengan mana-mana pihak, demikian juga tidak terkesima dengan gerak tari pihak yang mempunyai agenda mereka sendiri.

6. PAS kini dalam fasa menumpukan perhatian serius terhadap isu-isu yang secara langsung menyentuh kehidupan rakyat terbanyak seperti isu kenaikan harga barang, pengangguran, kos sara hidup, GST dan sebagainya.

7.  Kerajaan perlu menunjukkan ketelusan sekaligus membina keyakinan rakyat terhadap kemampuan agensi negara seperti SPRM, Polis, Bank Negara dan Peguam Negara dalam menyiasat serta mengambil tindakan kepada pihak terlibat.
PAS melahirkan kebimbangan dengan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat – HARAKAHDAILY 29/6/2017

- Advertisement -