Biar ada sempadan agar tak jadi ‘profesor’ serba tahu

Dr Azman1
- Advertisement -

DALAM dunia perubatan tak ada orang yang mendabik dada bahawa dia pakar semua bidang.

- Advertisement -

Bila ada pembedahan yang memerlukan gabungan pelbagai kepakaran, kita buat join OT.

Biasa dahulu semasa di HUSM, dalam kes oral cancer yang memerlukan reconstruktif surgery, kami team maxillo-facial surgery bergabung dengan team plastic surgery untuk melakukan pembedahan. Tentu sekali pakar bius ada bersama.

Antara kita pengamal perubatan saling merujuk antara satu sama lain dari pelbagai kepakaran yang berbeza.

Pakar Kanak-Kanak rujuk kepada Pakar Pergigian, pakar ORL rujuk kepada Pakar Onkologi, Pakar Bedah rujuk kepada Pakar Radiologi dan pelbagai lagi rujukan yang biasa berlaku dengan sangat harmoni dengan makna antara kita saling mengiktiraf kepakaran orang lain serta saling memerlukan.

Inilah adab dan disiplin dalam dunia profesional perubatan. Hasilnya adalah untuk kebaikan pesakit dan masyarakat. Adalah menyalahi etika perubatan jika kita merawat pesakit di luar dari bidang kepakaran kita. Contohnya pakar mata gatal tangan nak buat pembedahan gigi. Dia boleh didakwa.

Dalam bidang agama sepatutnya kita lebih beradab, beretika dan berdisiplin dengan ilmu kita. Jangan kita berlagak tahu semua bidang dan semua benda kita nak campur belaka. Hasilnya akan jadi haru-biru dan celaru.

Belajar hadis tak menjadikan kita pakar dalam bidang siyasah syar’iyyah. Belajar syariah belum tentu kita pakar dalam tasawuf. Belajar usuluddin belum tentu kita pakar dalam bidang perundangan Islam. Pakar ilmu faraid mungkin tak pakar bab ilmu qiraat.

Biar ada sedikit sempadan agar kita tak jadi ‘profesor’ serba tahu. Semua soalan kita nak jawab belaka. Semua isu kita nak ulas. Akhirnya memeningkan orang awam.

Dr Azman Ibrahim
22 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 22/6/2017

- Advertisement -