FGV: Arahan cuti Datuk Zakaria telah dijangka

- Advertisement -

KEPUTUSAN arahan FGV ke atas Datuk Zakaria Arshad selaku Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Berhad sebagaimana telah dijangka.

- Advertisement -

Mengulas perkara itu, Presiden Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Roslan Md Esa berkata, Ia berikutan ketidakserasian tokoh anak Felda itu dengan pihak atasan yang umum sangat mengenali sebagai ‘playermaker’ mencatur perjalanan FGV sehingga kini berdepan saat getir.

FGV dipengerusikan Tan Sri Isa Abdul Samad selepas kedudukan beliau di Felda digantikan Tan Sri Shahir Samad.

“Insiden hari ini jelas membuktikan kacau bilau yang sedang berlaku di dalam FGV kerana tidak sampai setahun Zakaria menerajui kumpulan itu akhirnya beliau dicutikan serta merta,” katanya kepada Harakahdaily.

UstRosMEKatanya yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, sebelum ini berlaku perang mulut antara Zakaria dan Isa Samad sehingga menyaksikan adegan tuduh menuduh dan adanya perang di antara pengikut masing masing.

Zakaria sebelum ini menegaskan tidak akan tunduk dengan desakan ke atasnya agar melepas jawatan oleh Isa Samad melalui surat bertarikh 5 Jun.

Isu yang dibangkitkan dan dihadapkan ke atas beliau antaranya berkenaan tunggakan Safitex anak Syarikat FGV.

Namun Zakaria mempertahankan kerana baginya Safitex mendapat kelulusan Ketua Eksekutif FGV terlebih dahulu sebelum membuat bayaran menerusi terma kredit 90 hari selepas produk dihantar.

Selain itu katanya, Safitex mempunyai pelanggan DOP selama 20 tahun dengan Isa Samad yang juga kini pengerusi Lembaga DOP itu,  mempunyai rekod bersih malah disifatkan bukan syarikat asing.

Namun dalam respon balas, Isa Samad menyatakan beliau kononnya tiada kuasa membuat keputusan menyingkir Zakaria.

Sebaliknya hari ini,  6 Jun,  Zakaria diarahkan bercuti dan semua tanggungjawab beliau dialihkan Kepada Jawatankuasa yang dibentuk.

Justeru katanya, insiden ini mencerminkan satu pengurusan cacamarba FGV  tatkala syarikat itu menempa nama buruk di mata Peneroka Felda.

“Kami di NGO Generasi telah menjangkakan hal ini terjadi dan meminta satu siasatan ke atas isu ini dilakukan dan penambahbaikan pengurusan FGV mahupun anak syarikatnya dibuat segera bagi memastikan hak dan kepentingan peneroka ke atas FGV tidak terabai,” jelas beliau. – HARAKAHDAILY 6/6/2017

- Advertisement -