Ulamak PAS Perlis santuni jemaah Tabligh

- Advertisement -

BAGI mengeratkan lagi hubungan yang terjalin antara ulamak dan jemaah Tabligh, Dewan Ulamak PAS Perlis (DUPNPs ) telah mengambil inisiatif mengadakan kunjungan ke Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Padang Besar, semalam.

- Advertisement -

DUPNPs diwakili Ketua Penerangan DUPNPs, Ustaz Azamhari Mahamood.

Menurut Ustaz Azamhari, program berbentuk ziarah itu amat wajar diadakan kerana menepati Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang menjadi amalan PAS pada hari ini.

Ujarnya lagi, meskipun berada dalam jemaah yang berbeza, pertemuan berlangsung dalam suasana penuh mahabbah dan harmoni.

Pihak Madrasah Miftahul Hidayah pula menyambut baik kunjungan tersebut dan berharap agar hubungan yang terjalin itu akan terus berkekalan demi manfaat ummah dan agama.

Pada kesempatan itu juga, DUPNPs turut menyampaikan sumbangan kurma pihak madrasah untuk juadah berbuka puasa kepada para pelajar madrasah tersebut.

- Advertisement -