PAS kecam pengeboman pasar raya di Selatan Thailand

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam tragedi pengeboman pasar raya di daerah Muang, Selatan Thailand yang melibatkan kecederaan 69 orang awam termasuk tiga orang parah. Suspek yang dikenal pasti telah menaiki trak pikap yang membawa bom untuk diletupkan di pintu hadapan pasar raya.

- Advertisement -

PAS berpegang kepada dasar Islam mewajibkan memelihara keselamatan orang awam yang tidak terlibat dengan krisis. Bahkan dalam keadaan krisis sekalipun, Islam tidak membenarkan tindakan melampau sehingga merosakkan kepentingan awam dan menjejaskan imej Islam itu sendiri.  

Islam menjamin keamanan bukan sahaja dikawasan orang Islam, bahkan dikawasan bukan Islam termasuk diplomat asing yang dijamin keselamatan oleh hukum Islam.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
15 Syaaban 1438H / 12 Mei 2017M – HARAKAHDAILY 12/5/2017

- Advertisement -