Henti urus niaga: Peniaga hargai kerajaan negeri

- Advertisement -

 PENIAGA di pasar malam di Kelantan termasuk bukan Islam sudah sedia maklum peraturan memberhentikan sementara urusniaga ketika solat Maghrib.

- Advertisement -

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Abdul Rahman Yunus berkata peraturan itu sudah diterima semua pihak termasuk peniaga bukan Islam.

Ustaz Abdul Rahman YunusKatanya mereka menerima dengan terbuka peraturan tersebut yang dikuatkuasa di seluruh pihak berkuasa tempatan di Kelantan sejak awal 1990-an.

“Mereka boleh rehat sekejap ketika peniaga dan orang ramai yang datang ke pasar malam pergi menunaikan solat.

“Tidak ada masalah berbangkit sejak dahulu sehingga sekarang. Mungkin bagi yang tidak pengalaman dan baru mengetahui mengenainya berasa agak jangal.

“Sedangkan inilah kelebihan yang ada di Kelantan apabila kerajaan negeri memberi ruang lebih selesa kepada rakyat untuk menunaikan ibadat biar pun berada di pasar malam,” katanya di Kota Bharu.

Aktivis DAP Datuk Zaid Ibrahim dilapor mahu memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan berikutan arahan peniaga pasar malam menghentikan perniagaan seketika solat Maghrib.

“Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan minggu ini.

“Arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib adalah tidak sah,” katanya di laman sosial.

Sementara itu seorang peniaga pasar malam di Kuala Krai, Rozi Muhammad berkata, peraturan menghentikan seketika urusniaga ketika solat Maghrib sudah menjadi perkara biasa di Kelantan.

“Kami merakam penghargaan tinggi kepada kerajaan negeri kerana memberi ruang lebih selesa kami menunaikan solat seketika memandangkan waktu solat Maghrib agak singkat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 19/4/2017