RUU 355: Matlamat PAS bukan setakat Putrajaya

- Advertisement -

BUKAN setakat menawan Putrajaya matlamat perjuangan PAS, sebaliknya lebih jauh daripada destinasi itu, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik.

- Advertisement -

Katanya merealisasikan tuntutan Allah dan Rasul-Nya menjadi matlamat perjuangan PAS sejak ditubuh sehingga sekarang.

“Sebab itulah Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 tetap dibentang PAS di parlimen apabila diberi ruang.

“Biarpun sehari sebelum khiamat pun kita tentang bentang RUU 355 apabila mendapat peluang,” katanya pada ceramah di Kampung Talak, Chabang Empat Tumpat malam tadi.

Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ketua Penerangan PAS Negeri Datuk Nassurudin Daud dan Naib Yang Dipertua PAS Tumpat Wan Roslan Wan Hamat.

Ribuan penduduk tempatan hadir pada ceramah tersebut. Orang ramai memenuhi  di kiri kanan jalan tempat berlangsung ceramah.

Kelihatan juga ramai masyarakat bukan Islam yang tinggal berdekatan hadir. Mereka turut menghulur derma yang dikutip anggota Jabatan Amal.

Mokhtar juga berkata tidak berbangkit dakwaan yang mengatakan PAS ditipu Umno apabila kerajaan membuat keputusan tidak membawa usul 355 pada persidangan kali ini. – HARAKAHDAILY 6/4/2017

- Advertisement -