Yang dipilih, tarik diri semua menang di sisi Allah

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH. Pemilihan PAS Kawasan Subang tiada pertandingan. Semua dipilih tanpa bertanding.

- Advertisement -

“Saya tak istilahkan si menang dan si kalah sebab yang dipilih dan yang tarik diri semuanya menang di sisi Allah jika mereka ikhlas,” ujar Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Zaharudin Muhammad menerusi laman facebook.

Menurutnya, hampir PRU pada kebiasaan orang berebut jadi ketua kawasan (YDP) atau ketua cabang atau posisi-posisi yang berkuasa menentukan calon PRU.

“Alhamdulillah teman-teman seperjuangan di kawasan Subang berebut mendahulukan ahli jemaah yang lain. Yang tak tarik diri atas dasar tanggungjawab dan yang tarik diri juga atas dasar tanggungjawab. Semua insya Allah diberkati oleh Allah SWT,” tambahnya.

Justeru, ujarnya pada mesyuarat agung kali ini beliau juga menarik diri daripada YDP Kawasan Subang dan memberikan laluan kepada Ustaz Ridhuan Ismail sebagai YDP.

“Insya Allah kita bersedia untuk melalui PRU14 pada bila-bila masa,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang telah sudi datang merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Subang. – HARAKAHDAILY 26/3/2017

- Advertisement -