GOLONGAN ulama khususnya guru-guru pondok disaran mempelbagaikan ilmu pengetahuan khususnya internet.
Pensyarah Kolej Sultan Ismail Petra (Kias), Zulqarnain Hassan berkata, ia amat penting dalam menangani pelbagai serangan terhadap Islam zaman kini.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pertahan Kerajaan Islam Kelantan Suatu Kewajipan syarie’.
Menurutnya, guru pondok jangan hanya mencari ilmu berkisar pada kitab semata-mata, sebaliknya, perlu mencari ilmu bagi menangani cabaran terhadap Islam masa kini.
“Kalau mencari ilmu tanpa kesedaran politik, kita akan jadi jumud, tak tahu politik.
“Sekarang ini wujudnya fahaman Islam alaf moden yang membahayakan aqidah umat Islam”ujarnya lagi.
Beliau berkata, ilmu agama yang diajar di pondok perlu diteruskan, bagaimanapun jangan lupa isu semasa dan perkara yang berlaku di luar.
Tambahnya, ilmu perlu diluaskan dengan menghadiri seminar, kursus untuk mencari maklumat bagi menangani serangan globalisasi terhadap Islam.
Sambungnya, ulama juga kena bangkit dan jangan sekali-kali menjadi ulama dunia untuk kepentingan diri.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas pada majlis Ijtima Ulama Kelantan.
Hampir 2,000 peserta hadir pada program yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).
Katanya lagi, BN akan berkuasa semula sekiranya Kelantan tidak dipertahankan sebaiknya.
aya tidak tahu bagaimana nasib Yik, sekolah-sekolah pondok bawahnya dan lain-lain lagi,” ujarnya.
Sempena program itu 10 resolusi telah dicapai dan ia telah dibentangkan pengarah program Ustaz Mohd Asri Daud. – HARAKAHDAILY 12/3/2017