Isu MLM: TMB saran mangsa buat laporan polis

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mencadangkan orang ramai yang menjadi mangsa penipuan syarikat pembekal barangan runcit membuat laporan polis.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan itu amat wajar agar nasib mereka dapat pembelaan.

Katanya, laporan polis perlu dibuat bagi memudahkan siasatan terhadap syarikat terbabit dijalankan.

“Saya setuju mangsa terlibat membuat laporan polis dan pihak polis pula mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan pelbagai pelaburan yang ditawarkan.
 
“Masyarakat perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum menyertai mana mana skim bagi mengelakkan mereka ditipu,”

Amar berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini semalam.

Sehubungan itu beliau menyaran polis mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang membekal barangan runcit dan menawarkan kerja kepada masyarakat yang didakwa menipu ramai mangsa.
 
Katanya, tindakan berkenaan bagi membela nasib orang ramai yang menjadi mangsa penipuan.
 
Pada masa yang sama beliau menyifatkan  individu yang melemparkan tuduhan dan memintanya bertanggungjawab terhadap (penipuan) yang berlaku untuk tujuan  politik.

“Saya hanya merasmikan pembukaan (syarikat) itu yang didakwa menawarkan kerja di rumah kepada orang ramai sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung penipuan sebuah syarikat membekalkan barangan runcit ala perniagaan pemasaran bertingkat (MLM) di Tunjong, di sini.

Jumaat lalu, hampir 1,000 mangsa membuat perhimpunan secara aman di hadapan premis yang sudah kosong bagi menuntut supaya wang mereka dibayar balik oleh pemilik yang sudah melarikan diri. – HARAKAHDAILY 2/3/2017

- Advertisement -