Peta baru Asia Barat dan projek ‘The Middle East’

- Advertisement -

Perbincangan mengenai peta baru Asia Barat (New Middle East – NME) mendapat perhatian yang meluas apatah lagi perkara tersebut juga disebut oleh Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH), Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, dalam syarahan beliau bertajuk “Asia Barat yang Bergolak: Ke Mana Kita?” pada 7 Januari yang lalu.

Istilah ‘New Middle East’ (NME) diperkenalkan oleh Setiausaha US, Condoleezza Rice pada June 2006 di Tel Aviv. Ia tidak kurang lebih suatu roadmap Anglo-American-Israeli susulan rancangan bagi menguasai Asia Barat dengan cara menimbulkan kekacauan, huru hara (constructive chaos) di beberapa negara dengan Lebanon pada ketika itu sebagai titik focal. Selain Asia Barat, bahagian Asia Tengah (Central Asia) juga tidak terkecuali daripada pemerhatian US. Asia Tengah dianggap sebagai ‘Russia’s Southern Tier’, suatu demografi penting yang mungkin mengancam kepentingan US. Maka, penguasaan terhadap NME juga penting bagi mengawal sempadan ‘Eurasian Balkan’ merangkumi ‘the Caucasus’ (Georgia, the Rep. of Azerbajian, Armenia), dan Asia Tengah (Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan, Afghanistan).

Peta tersebut secara khususnya dilakar oleh ‘Lieutenant Colonel’ Ralph Peters yang turut dimuatkan dalam bukunya ‘Never Quit the Fight’, diterbitkan pada 20 Julai 2006 termasuklah sebuah journal berpengaruh Armed Forces pada Jun tahun yang sama. Ralph Peters adalah seorang yang sangat berpengaruh dan merupakan pegawai tertinggi bahagian pertahanan AS.

Hakikatnya, Asia Barat Baru atau ‘the New Middle East’ bukanlah perkara baru. Ia lebih terkenal dengan projek ‘the Greater Middle East’ yang dibentangkan ketika pentadbiran Bush menghadiri sidang Negara G-8 pada Jun 2004 di Sea Island, Georgia. Kertas kerja tersebut pada asalnya dirangka oleh Richard Perle dan Douglas Feith bertajuk ‘A Clean Break: A New Strategy for Securing the Realm’.

Ia pada asalnya sebuah ‘kertas putih’ (white paper), satu bentuk cadangan polisi kepada pentadbiran Bush. Di dalamnya, kedua-dua penulis menekankan beberapa perkara termasuklah menyingkirkan Saddam dari pentadbiran beliau dan prinsip ketenteraan yang lebih agresif terhadap rakyat Palestin. Saddam akhirnya disingkirkan melalui pencerobohan US pada 2003. Selepas peristiwa 11 September 2001, pentadbiran Bush menjadikan ‘policy recommendation’ tersebut sebagai sebuah projek penting disebut sebagai ‘the Greater Middle East Project’ (GMEP).

Selepas pencerobohan terhadap Iraq dan Afghanistan sebagai rancangan Fasa 1, mereka kemudiaannya menyasarkan pergolakan (regime change destabilization) di negara-negara Arab mengunjurkan dari Morocco, Tunisia, Lybia dan Mesir sehingga ke negara Syria dan Timur Tengah. Arab Spring menjadi sebahagian misi penting ke arah merealisasi NME dan GMEP. F. William Engdahl, penulis buku ‘A Century of War: Anglo American Oil Politics and the New World Order’, memproklamir bahawa negara-negara yang mengalami ketidakstabilan rejim daripada Tunisia, Lybia dan Mesir, kesemuanya dibiayai oleh sebuah pertubuhan the National Endowment for Democracy (NED), selain RAND Corporation sebagai think tank utama.

Syria juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran mereka kerana geografinya yang bersempadan dengan Lebanon (Hizbullah). Maka, dengan hubungan erat Hizbullah-Iran, Syria harus di”pisah”kan daripada Iran. Peta negara-negara bergolak di bawah GMEP dan kini NME juga mempunyai persamaan dengan tulisan Samuel Huntington, ‘the Clash of Civilizations’. Ia adalah beberapa gabungan ‘puzzle’ yang akhirnya membentuk sebuah lakaran dan lakaran itu adalah ibarat ‘Sykes-Picot’ bagi kurun ke-21.

Persoalan yang timbul, mengapa kesemua ini direncana? Jawapan kepada persoalan ini telah dipertegaskan oleh TGHH dalam siri-siri ucapan beliau. Pertama, mereka mahu memastikan umat Islam tidak bersatu dan sekarang lihatlah bagaimana isu perbezaan mazhab masih gagal diselesaikan oleh umat Islam. Kedua, mereka mahu mempertahan keselamatan negara Israel daripada terancam selain memastikan penguasaan terhadap hasil bumi umat Islam terus berlangsung.

Wallahua’lam. 

- Advertisement -
- Advertisement -