
MAHKAMAH Rayuan, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati arahan Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak mengeluarkan dan memperbaharui lesen perniagaan bagi perjudian adalah tidak berperlembagaan.
Semua tahu bahawa DAP melaui Pengerusi Biro Undang-Undangnya, Ramkarpal Singh yang membantu plaintif mengemukakan tuntutan membantah pengharaman judi oleh Kerajaan Negeri Kedah, pada penghujung 2021.
Kini, DAP, pensubahat mereka, syarikat judi serta tahi judi bolehlah bergembira meraikan keputusan mahkamah itu.
Hanya negeri-negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (SG4) yang terjejas dengan keputusan mahkamah tersebut. Ini kerana hanya SG4 mengharamkan terus judi, berbanding Negeri ditadbir Madani yang ‘menghalalkan’ secara berlesen apa yang diharamkan oleh Allah itu.
Keputusan mahkamah menegaskan bahawa kuasa mutlak terhadap pengharaman judi adalah oleh Kerajaan Persekutuan. Dengan itu Kerajaan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat mewujudkan masyarakat Madani, mestilah menggunakan saluran perlembagaan untuk mengharamkan judi secara total.
Tiada manusia bertamadun (madani) di dunia ini yang mengiktiraf judi sebagai kegiatan bermoral.
Jika Kerajaan Pusat yang kununnya memperjuangkan masyarakat madani enggan mengambil langkah mengharamkan judi, maka seluruh rakyat Malaysia yang cintakan peradaban dan akhlak; mestilah bersatu hati menolak mereka dalam PRU16. Jangan bersubahat.
Firman Allah dalam Surah al-Ma’idah ayat 90:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman. Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
ZULKIFLI BIN YAHAYA
Ketua Penerangan PAS Kedah
12 Disember 2025 – HARAKAHDAILY 12/12/2025











