PAS rakam takziah kepada keluarga Almarhum Tun Hanif

Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan dukacita dan takziah dirakamkan kepada seluruh keluarga mantan Ketua Polis Negara, Almarhum Tun Hanif Omar yang meninggal dunia hari ini.

- Advertisement -

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Almarhum adalah individu yang paling lama bertugas sebagai Ketua Polis Negara iaitu selama 20 tahun.

Tambahnya, tempoh perkhidmatan Almarhum bermula dari 8 Jun 1974 sebelum bersara pada 15 Januari 1994.

“Jasa dan bakti Almarhum khususnya dalam menjaga keamanan negara akan terus dikenang oleh rakyat Malaysia.

“Semoga roh Almarhum ditempatkan dalam mereka yang beriman dan beramal soleh,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas dalam satu kenyataan. – HARAKAHDAILY 20/4/2024

Tun Hanif Omar meninggal dunia

- Advertisement -