MB Perlis hargai pengamal media

- Advertisement -

KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli meraikan pengamal media Perlis menerusi majlis berbuka puasa bersama Persatuan Wartawan Perlis (PWP) di Restoren Arab Marhaba, di sini, kelmarin.

- Advertisement -

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengamal media yang membantu menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

“Alhamdulillah, hari ini berpeluang berbuka puasa bersama rakan media, semoga ikatan silaturahim antara kita terus berkekalan dengan baik kerana Allah.

“Majlis seperti ini merupakan satu platform penting untuk mempereratkan lagi hubungan antara pihak media dengan kerajaan, serta memperkukuhkan lagi kerjasama dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PWP, Syed Azlan Sayid Hizar turut menyambut baik kehadiran Menteri Besar dan para wartawan dalam majlis tersebut.

“Majlis seumpama ini menjadi satu lagi bentuk penghargaan kepada wartawan yang sentiasa bekerja keras dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada masyarakat.

“Kebersamaan dalam majlis ini diharapkan dapat membawa berkat dan keberkatan kepada semua pihak yang terlibat,” ujarnya.

PWP terdiri daripada pengamal media yang bertugas di negeri ini antaranya Harakah, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Media Prima, Suara Merdeka, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kwong Wah Yit Poh dan Sin Chew Daily. – HARAKAHDAILY 4/4/2024

- Advertisement -