Ribuan muslimat sertai Tadarus Al-Quran 30 juzuk

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ribuan muslimat termasuk isteri wakil-wakil rakyat menyertai program Tadarus Al-Quran 30 juzuk di Dewan Besar Sultan Ismail Petra Lundang hari ini.

- Advertisement -

Hadir sama pada program anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan itu ialah isteri Menteri Besar, Datin Wan Norhanita Wan Yaacob.

Pada program itu, doa khatam al-Quran dipimpin Pegawai Dakwah dan Sahsiah, Yayasan Islam Kelantan Ustazah Sakinah Mohd Amin.

Program tadarus tersebut dimulakan solat hajat yang diimamkan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat, Ustazah Hafizah Abdullah.

Kemudian diikuti kupasan teks tadarus al-Quran Surah Ali-Imran ayat 75 hingga 80 disampaikan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru Dato Bentara Setia Prof Emeritus Dato’ Dr Johari Mat.

Beliau berkata, ayat tersebut menyentuh tentang ciri-ciri insan rabbani iaitu seseorang menjaga amanah ilmu yang dipelajari.

“Mereka tidak menyembunyikan kebenaran seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat Allah dan sentiasa berhati-hati menyampaikan ilmu melalui kitabullah,” katanya.

Program terbabit dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Ustaz Mohd Asri Mat Daud.

Program tadarus al Quran sempena Ramadan diadakan di pelbagai tempat di Kelantan termasuk Madinah Ramadan, masjid-masjid bandar dan musala di kampung-kampung. – HARAKAHDAILY 21/3/2024

- Advertisement -