Tiada keperluan kerja dari rumah di Terengganu

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu melihat tiada sebarang keperluan untuk melaksanakan dasar kerja dari rumah bagi penjawat awam di negeri itu.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan negeri meneliti keadaan semasa dan menjalankan kajian mengikut konteks negeri berkenaan.

“Kita sudah buat kajian untuk konteks negeri Terengganu, sekarang ini tidak ada keperluan untuk kita melaksanakan kerja daripada rumah.

“Ada beberapa negeri mengambil pendekatan yang sama, walaupun terdapat satu atau dua negeri yang sebilangan kecil kakitangannya bekerja dari rumah.

“Bagi Terengganu, setakat ini tidak ada apa-apa perubahan dan masih berjalan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi sempena Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447/2026. 2026 bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Terdahulu, Harakah melaporkan Kerajaan Terengganu sedang menilai pendekatan terbaik di peringkat negeri bagi berdepan tekanan ekonomi semasa, sejajar dengan perkembangan yang dibincangkan di peringkat Persekutuan.

Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, perkara itu susulan mesyuarat khas yang dipanggil Perdana Menteri untuk berkongsi kedudukan ekonomi negara serta langkah bakal diambil kerajaan. – HARAKAHDAILY 17/4/2026

- Advertisement -