
APA YANG memeningkan dengan isu Dato’ Hanafiah Mat yang didakwa melakukan kesalahan dengan menggunakan kuasa untuk melantik anak-anak beliau dalam GLC di Terengganu? Siapa perasan di mana peningnya?
Peningnya ialah apabila beliau terlebih dahulu dituduh oleh ceplos kononnya menyalah guna kuasanya dalam satu isu rundingan terus kepada kontraktor untuk projek benteng penahan ombak di Batu Rakit, tahun lepas.
Ia hanya tuduhan, namun riuh rendah ceplos pada waktu itu yang bukan sahaja menuduh, tetapi telah ‘meletakkan beliau dalam penjara’ konon kerana telah melakukan salah guna kuasa.
Rupanya ada peraturan dalam perkhidmatan awam yang membenarkan surat rundingan terus jika projek itu penting dan segera untuk dilakukan melibatkan rakyat.
Tetapi kita pening kerana beliau didakwa berkenaan lantikan anak-anak beliau dalam GLC dengan menggunakan kuasa beliau, bukan isu salah guna kuasa runding terus yang didakwa ceplos itu. Kelakar…
Ada yang bertanya, anak-anak PMX yang keluar negara mengikuti rombongan kerajaan itu, atas dasar lantikan apa? Harap jangan isu ini menjadi lebih besar dari isu pemilikan saham dan juga SPRM yang dituduh Bloomberg sebagai digunakan oleh sindiket saham itu.
Ada juga ceplos yang menulis, Allah bayar cash kepada Dato’ Hanafiah atas tuduhan ini. Jadi kita tanya balik, masa pimpinan kau kena tangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman tu kira macam mana? Allah bayar secara ansuran ke?
Insya-Allah tuduhan ini sekadar penghibur hati ceplos yang sedang berduka lara kerana semua yang mereka rancang, tidak menjadi, nak jawab isupun payah. Rakyat makin tidak percaya PH. Kes rasuah pimpinan mereka sendiri tak terkira.
Dato’ Hanafiah Mat relaks macam biasa dengan gaya angkat tangan menganjing.
MOHD NASIR ABDULLAH
24 Februari 2026 – HARAKAHDAILY 24/2/2026
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











