
ITULAH kata-kata pakar-pakar strategi politik segera yang muncul pasca isu di Perlis.
Rupanya pakar Maggi segera tidak pernah membelek sejarah strategi PAS yang sentiasa ampuh mendepani gelombang politik yang sentiasa dinamik.
Ramai pemerhati, pakar strategi mengharapkan PAS benar-benar kena ‘Checkmate’. Tapi sebaliknya tidak. Mereka mengharapkan PAS bersilat mengikut tiupan serunai milik mereka. Tapi sekali lagi PAS tidak mudah longlai dengan tiupan serunai yang sebegitu sumbang.
Apa ibrahnya? PAS kekal memastikan semua pimpinannya benar-benar solid. Faham dan mengerti adab berjemaah walau apa jua pangkat dan kedudukan.
PAS kekal menjunjung tinggi semangat setiakawan dalam tahaluf selagi mana tidak melanggari sempadan merah tahaluf.
PAS kekal menjunjung tinggi institusi Beraja. Ramai pihak cuba melaga-lagakan PAS dengan institusi ini bagi menggambarkan PAS sebuah parti yang kerap berkonfrontasi dengan insitusi ini.
Hakikatnya PAS lah parti yang sentiasa mewajahkan kesetiaan sebenar kepada institusi ini. Kononnya calon PAS ditolak tidak berbangkit sama sekali kerana PAS sentiasa akur dan yakin budi bicara Tuanku dalam menyelesaikan kemelut sesebuah negeri. Payungan Tuanku semestinya didambakan demi keharmonian dan kesejahteraan seluruhnya.
Andai PAS ingin berkonfrontasi, sudah pasti PAS mampu sahaja memboikot majlis angkat sumpah. Malah boleh sahaja PAS mengarahkan ADUN-ADUNnya menarik sokongan. Tapi elok-elok ada sahaja ADUN-ADUN PAS bersama Mantan Menteri Besar hadir. Itulah PAS sentiasa berjiwa besar dalam setiap kemelut.
PAS sentiasa mengajar erti setiakawan sebenar kepada rakan tahaluf. Walau anda minoriti. Tapi PAS tidak kemaruk untuk jawatan tertinggi selagi mana keutuhan dan sempadan merah tahaluf sentiasa dipatuhi.
Hakikatnya PH lah sedang menggigit jari. Kerana mengharapkan retaknya PN. Mengharapkan PRK berlaku.
Namun kebijaksanaan Tuanku dan jiwa besar PAS dalam memandu kemelut pasti mencorakkan suatu gelombang yang lebih hebat untuk rakyat menilai PAS bukan biasa-biasa.
Strategi PAS dalam mengurus isu di Kelantan watak 10 jin, isu di Selangor Langkah Kajang untuk singkirkan TSKI, isu di Kedah lahirkan GHB dan PASMA merupakan kecemerlangan strategi PAS yang natijah akhirnya;
PAS di Kelantan semakin cemerlang selepas lenyapnya watak 10 jin.
PAS di Selangor semakin mengakar dan kukuh selepas setiakawan mempertahankan TSKI sehingga hampir mentadbir pasca PRU15.
PAS di Kedah semakin mengakar dan kukuh pasca GHB dan PASMA hingga akhirnya mampu mentadbir Kedah dengan cemerlang.
Maka di Perlis. PAS sedang merencana satu ‘Roadmap’ ampuh berpaksikan prinsip dan integriti untuk akhirnya nanti. PAS mampu mentadbir dengan lebih cemerlang dan berwibawa.
Mok ambo pernah sebut, PAS sentiasa dinamik dalam mengurus konflik. Prinsip dan istiqamah ahli dan pemimpin PAS sentiasa teruji.
Allah menguji mereka, sebagai pengajaran untuk kita.
“History keeps repeating because we never learn.”
JAMAL NAJMUDDIN SULAIMAN – HARAKAHDAILY 29/12/2025
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.











