
Gencatan senjata tidak akan akhiri perang tanpa kebebasan rakyat Palestin dan pengunduran tentera Israel sepenuhnya. Meskipun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menyatakan fasa kedua pelan gencatan senjata yang berkuat kuasa 10 Oktober lalu tajaan Amerika Syarikat di Gaza telah menghentikan perang yang tercetus pada 7 Oktober 2023.
Fasal kedua gencatan senjata dilihat lebih sukar apabila Israel terus melakukan pelanggaran dan menuntut HAMAS melucutkan senjata total yang menjadi fokus Netanyahu dalam misi bertemu Presiden Trump usai pertemuannya dengan Canselor Jerman, Friedrich Merz di Baitulmaqdis minggu pertama Disember lalu.
Laporan Al Jazeera memetik kenyataan seorang pegawai kanan HAMAS bahawa HAMAS bersedia menyerahkan senjata jika pendudukan Israel ditamatkan. Fasa kedua yang merangkumi pembentukan pemerintahan Palestin sementara akan mengurus pentadbiran harian bawah penyeliaan sebuah lembaga antarabangsa diketuai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Namun HAMAS tidak akan menerima mana-mana pasukan antarabangsa asing memantau gencatan senjata dan mengendalikan proses pelucutan senjata selain pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kawasan sempadan.
Ini kerana akses liputan media antarabangsa masih dihalang daripada memasuki Semenanjung Gaza secara bebas bagi menilai keadaan di wilayah itu, sekali gus memperlekeh seluruh proses perundangan, meskipun gencatan senjata sedang berkuat kuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa). Ekoran itu, Persatuan Akhbar Asing (FPA) menuntut akses bagi wartawan ke wilayah pantai yang masih ditutup akan didengar di Mahkamah Agung di Baitulmuqaddis kerana Presiden Donald Trump telah menyeru Israel supaya membenarkan wartawan memasuki Semenanjung Gaza, Ogos lepas.
Sementara Netanyahu secara rasmi meminta pengampunan dari Presiden Isaac Herzog atas dakwaan korupsi dan penyalahgunaan kuasa. Kasus korupsi yang dihadapi Netanyahu dan isterinya menerima pelbagai hadiah mewah yang nilainya USD260,000 dari dua pedagang Arnon Milchan, iaitu produser Hollywood dan James Packer, jutawan Australia. Timbal balas daripada Netanyahu adalah membantu regulasi dan diplomatik untuk kepentingan perdagangan Milchan, termasuk lobi pajak dan visa AS.
Pada kasus kedua, Netanyahu melakukan urus niaga sulit dengan pemilik akhbar Yedioth Ahronoth, Arnon Mozes. Netanyahu ingin mendapatkan publisiti positif pada siaran akhbar tersebut. Sebagai timbal balas Netanyahu akan mendukung undang-undang yang membatasi distribusi surat kabar Israel Hayom yang menjadi pesaing Yedioth Ahronoth.
Kasus ketiga Netanyahu menerbitkan regulasi menguntungkan ratusan juta dolar AS kepada Bezeq, iaitu perusahaan telekomunikasi milik Shaul Elovitch ketika beliau menjabat sebagai menteri komunikasi Israel (2014-2017). Situs berita milik Bezeq, Walla, diminta menayangkan pelaporan berita positif terhadap Netanyahu dan keluarganya, termasuk menekan berita negatif musuh sebagai reaksi kasus berkenaan.
Meskipun Netanyahu menghadapi tekanan dalaman tetapi beliau tidak akan mengundurkan diri dari medan politik meskipun menerima pengampunan, lapor Times of Israel, bertarikh 8 Disember 2025. Beliau menafikan tuduhan dan dakwaan ke atasnya sebaliknya menyatakan kasus korupsi dan penyelewengan kuasa hanya agenda jahat dari kumpulan yang memecah belah Israel.
Terdahulu segelintir pemimpin oposisi Israel terutama ketua Partai Yesh Atid, Yair Lapid, telah menyuarakan penolakan pemberian pengampunan kepada Netanyahu dan meminta Herzog menolaknya kecuali Netanyahu selaku pemimpin Partai Likud itu bersedia keluar dari dunia politik sekali gus pengakuan bersalah dan menunjukkan penyesalan, dikutip siaran di laman Middle East Monitor, 1 Desember 2025 lalu bersamaan maklum balas permohonan pengampunan Netanyahu daripada Presiden Israel yang berjanji akan menangani kasus secara teliti dan cermat untuk kepentingan negara dan masyarakat Israel.
Selanjutnya Presiden Amerika Trump telah mengirim surat kepada Presiden Isaac Herzog yang meminta Herzog memberikan pengampunan kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dalam proses penghakiman kes korupsi seperti dipetik dari laman sesawang TRT World. Dalam hal ini Herzog sangat menghormati Presiden Donald Trump, atas dukungannya kepada Israel seperti dirilis oleh siaran media pejabat presiden Israel pertengahan November lalu.
Trump turut memuji kepemimpinan Netanyahu dalam suratnya terutama waktu Israel menghadapi perang yang dianggapnya konsisten dan tegas di medan perang. Bagi Trump dakwaan terhadap Netanyahu terdapat motif politik sambil menegaskan bahawa beliau menghormati kebebasan sistem penghakiman Israel, tetapi ‘kasus’ terhadap Netanyahu atau sapaan Bibi itu suatu pengakhiran politik yang tidak berasas.
Oleh itu, misi diskusi Netanyahu dengan Trump dilihat terarah pada tuntutan agar HAMAS perlu melucutkan senjata total tetapi sintesis massa ikut serta agar Trump mengemukakan solusi komprehensif selaku ketua lembaga penyeliaan antarabangsa untuk pemulihan dan kestabilan di Palestin.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 12/12/2025











