Soalan mudah untuk faham isu FELDA

- Advertisement -

INGATKAN habis dah isu tanah FELDA, ada lagi rupanya Ceplos mainkan. Mereka ulang-ulang untuk tiru cara Mossad, berita walaupun palsu, jika diulang-ulang akan dipercayai orang juga. Tapi tak apa, kita bagi beberapa soalan mudah yang perlu orang awam hadam dan tahu ialah:

1. Kalau betul tanah tu hak FELDA, kenapa tak ada geran?

2. Dan kalau Kerajaan Terengganu yang salah kerana tidak berikan geran yang sah, kenapa tak bawa ke mahkamah?

3. Atau adakah para Ceplos pernah tengok geran tu? Boleh _share_ nak tengok?

4. Kalau betul FELDA sudah membayar bahagian FELDA kepada Kerajaan Terengganu, kenapa tak pernah cukup bayaran walaupun sudah 40 tahun?

- Advertisement -

5. Kenapa FELDA tidak tunjukkan penyata pembayaran dari tahun bila dan berapa jumlahnya setiap bayaran itu sebagai bukti komitmen mereka tidak pernah gagal membayar?

6. Kalau betul ada peneroka yang sudah dihalau keluar, tunjukkan peneroka yang mana satu, lot tanah yang mana?

7. Kalau betul Kerajaan Negeri salah, kenapa DS Ahmad Said dalam Sidang DUN dahulu dakwa FELDA teroka tanah haram?

8. Kenapa FELDA perlu berterima kasih kepada Kerajaan Terengganu kerana membuka ruang rundingan? Sepatutnya Kerajaan Terengganu yang berterima kasih kepada FELDA kerana FELDA buka rundingan, jika FELDA yang benar.

9. Kenapa pimpinan Umno Terengganu tidak mahu campur tangan sedangkan ini isu kepentingan rakyat Terengganu, malah bekas pimpinan Umno meminta diselesaikan secara baik sedangkan jika ada isu apa-apa sekalipun yang dilihat, aku ulang, dilihat, bukan didapati bersalahpun lagi, mereka melompat macam dot dot kena belacan, tetapi tidak dalam hal kononnya ‘kezaliman Kerajaan Terengganu’ dengan FELDA ini sedangkan ini peluang terbaik untuk serang Kerajaan Terengganu?

10. Kenapa pula Kerajaan Terengganu yang berjaya memperolehi arahan mahkamah untuk remidi dan FELDA terpaksa mengeluarkan harta mudah aloh mereka? Jika FELDA benar, kerana tanah itu tanah mereka, maka dengan mudah mereka boleh batalkan arahan itu, sebaliknya mereka hanya boleh berunding, bukan mengadukannya di mahkamah

11. Mana ada orang boleh bagi arahan sekatan dari mahkamah atas tanah kita? Tanah dan hakim Ceplos mungkin boleh kut?

12. Mengapa Ceplos begitu bersungguh-sungguh memainkan isu ini? Sebab Ceplos sedang mencari seriyal samah bagi menampung perbelanjaan anak-anak untuk sekolah nanti, walaupun tahu orang tidak percaya.

12. Mengapa orang Terengganu dikatakan paling ramai genius (kecuali golongan Ceplos)? Sebab mereka banyak makan ikan dan tidak mudah mempercayai cerita-cerita Ceplos.

Mohon semua terutama orang luar, cepat sikit hadam sebab kita dah nak bergerak ke isu Asrama Yayasan Terengganu pulak. Isu ini sedap juga.

MOHD NASIR ABDULLAH
11 Disember 2025 – HARAKAHDAILY 11/12/2025

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.


- Advertisement -