Kerajaan perlu atasi kelompangan dalam MOSTI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) melontarkan pandangan mengenai kajian yang dilakukan di peringkat Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Malaysia (MIMOS).

- Advertisement -

Beliau berkata, wujud kelompangan yang besar antara penyelidikan diselia oleh agensi dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu dengan sasaran yang mahu dicapai oleh pengiat industri.

“Kita dapati ada ‘bottleneck’ antara penyelidikan dengan produk komersial, isu sekarang ini jurang akademik agak jauh dengan industri, dimana kerajaan membiayai penyelidikan, bukan industri membiayai.

“Akhirnya penyelidikan dibuat itu gagal dimanfaatkan oleh industri, minta penjelasan,” katanya ketika bangun mencelah pada sesi jawapan menteri bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), di sini hari ini.

Dalam pada itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang mengakui situasi itu berlaku, malah kini pihaknya sedang merangka inisiatif bagi menangani gejala tersebut yang merugikan negara.

Beliau berkata, pihaknya berjaya melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang bagus dan berkualiti, namun gagal dalam mengkomersialkan produk tersebut untuk dipasarkan dalam dan luar negara.

“Untuk menyelesaikan masalah ini MOSTI sekarang mengambil pendekatan di mana kita tidak lagi bekerja dalam ‘silo’ dengan izin, supaya kita merapatkan jurang (kelompangan) ini.

“Kita mengumpulkan akademia, penyelidikan dan juga industri supaya mereka boleh bincang dan kerjasama atas satu-satu produk R&D, produk dihasilkan ada nilai untuk digunakan dalam industri,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/8/2025

- Advertisement -